Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”
Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”
Tarikh : 29 April 2008 (Selasa)
Masa : 7.30pm – 10.00pm
Tempat : Auditorium, KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Panelis 1: YB. Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen UMNO Temerloh, Pahang dan Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia
Panelis 2: YB. Nurul Izzah
Ahli Parlimen KeADILan Lembah Pantai, Willayah Persekutuan
Panelis 3: YB. Janice Lee
ADUN DAP Teratai, Selangor merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Socialist Youth (DAPSY)
Panelis 4: YB. Nasir Zakaria
Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Kedah
JADUAL PROGRAM
7.30pm Ketibaan tetamu dan hadirin
8.00pm Ucapan aluan daripada Pengarah Program
8.05pm Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”
9.05pm Sesi Soal Jawab
10.00pm Penutup
ABSTRAK
Keputusan Pilihanraya Umum yang ke-12 sememangnya mengejutkan banyak pihak sehingga ada yang menyifatkan keputusan ini sebagai satu ‘tsunami politik’ di Malaysia. Di samping majoriti 2/3 Barisan Nasional telah dinafikan di parlimen, pakatan pembangkang telah menguasai 4 kerajaan negeri iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain dapat mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dengan mandat yang begitu selesa.
Antara perkara yang menarik perhatian, dalam pilihanraya kali ini, terdapat sejumlah calon-calon yang berusia 35 tahun ke bawah telah diberikan mandate untuk mewakili rakyat bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Peranan wakil rakyat muda dilihat signifikan dan penting khususnya dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal belia-belia dan mempuk sifat ‘peduli politik’ di kalangan generasi muda.
Justeru, Persidangan Perundingan Belia Kebangsaan (NYCC) yang terdiri daripada 5 organisasi belia iaitu Youth for Change (Y4C), Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section (KLSCAH-Youth), Pusat Janadaya (Empower), National Young Lawyer’s Committee (NYLC) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil inisiatif untuk mewujudkan platform diskusi ini bagi “YB-YB” muda untuk melontarkan pandangan mereka berhubung isu-isu yang membabitkan generasi muda secara khususnya dan rakyat secara amnya. Pada masa yang sama, NYCC berasa adalah penting bagi para wakil rakyat muda ini berhadapan dengan orang ramai sangat prihatin dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap wakil rakyat muda yang telah dipilih dalam PRU kali ini. Apakah pandangan mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan belia? Bagaimanakah mereka menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat hari ini? Apakah yang boleh mereka sumbangkan kepada masyarakat?
Akhirnya, NYCC berharap forum ini dapat menjadi satu titik permulaan kepada budaya politik konstruktif yang antara lain menekankan persoalan wacana politik yang jujur, objektif dan membina.
BAHASA: Bahasa Malaysia
Semua yang berminat untuk hadir diminta untuk mendaftar diri dengan urusetia NYCC di 03-77831164 atau Lee Khai Loon (013-3970519) atau Chua Yee Ling (012-7355025) atau emel ke y4c2006@gmail.com

April 27th, 2008 at 12:25 pm
Can you please include a Good Indian speaker , if you do not have please call me to speak. Refer my CV in my website amriasia.org.
April 29th, 2008 at 9:18 am
Any forum to be held in J.BARU ?
Willing to attend . thx
Prefer to be in TAMIL