Youth Speak Up!
“Youth Speak Up!”
- Perlancaran Agenda Belia Untuk Perubahan -
Tarikh: 23 Februari 2008 (Sabtu)
Masa: 1.00pm – 2.00pm
Tempat: Di Lampu Isyarat Hadapan Stesen Monorail KL Sentral
ABSTRAK:
Piliharaya Umum ke-12 akan berlangsung pada 8 Mac 2008. Parti-parti politik berlumba-lumba mendapatkan sokongan rakyat. Persoalannya di sini, apakah tuntutan belia dalam pilihanraya kali ini? Adakah belia tidak mempunyai pandangan serta pendirian terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara? Adakah belia diberikan peranan serta ruang yang secukupnya dalam menyertai proses demokrasi yang diamalkan di negara ini?
Dengan persoalan tadi, satu badan gabungan yang terdiri daripada lima organisasi meyuarakan atas platfom yang bernama “Persidangan Perundingan Belia Kebangsaan (NYCC)”, telah mengambil inisiatif menggariskan beberapa tuntutan untuk diberi perhatian oleh parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini. Tuntutan-tuntutan tersebut meliputi aspek politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan budaya serta alam sekitar. Tuntutan ini dibuat bertujuan untuk melihat Malaysia yang lebih baik bertunjangkan kerajaan yang berkebajikan serta mengutamakan hak dan juga kepentingan rakyat.
Di samping itu, program-program turun ke padang bersama rakyat akan diadakan demi menyampaikan mesej-mesej Agenda Belia untuk Perubahan. Wakil-wakil dari NYCC akan mengedarkan risalah-risalah untuk meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang awam terutamanya orang muda.
JADUAL PROGRAM
12.30pm Berkumpul dan bersiap sedia untuk perlancaran
12.45pm Pengedaran risalah-risalah Agenda Belia untuk Perubahan
1.15pm Sidang media bermula (Majlic Pengerusi memulakan program)
1.20pm Ucapan pelancaran daripada Kordinator NYCC
1.25pm Wakil-wakil organisasi membentangkan tuntutan-tuntutan.
1.35pm Upacara Menulis Tuntutan ke atas baloon dan melepaskan baloon terbang ke langit
1.40pm Teruskan pengedaran risalah kepada orang ramai
2.00pm Program tamat
Semua orang muda dialu-alukan kehadiran anda. Sila mendaftar diri dengan urusetia NYCC di No. 22 Jalan 5/69, Taman Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, 03-77831164 atau Lee Khai Loon (013-3970519) atau Teh Chian Yi (012-558 8804)atau emel ke y4c2006[a]gmail.com
(NYCC adalah satu badan gabungan yang memperjuangkan isu-isu generasi muda Malaysia yang mengandungi lima organisasi utama iaitu Youth for Change (Y4C), Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section (KLSCAH-Youth), Pusat Janadaya (EMPOWER), National Young Lawyer’s Committee (NYLC) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).)
